Mengapa perlunya Web Portal bagi PIBG di setiap sekolah?“Menyedari pentingnya peranan persatuan ibu bapa dan guru di setiap sekolah dan faedah yang akan diperolehi apabila persatuan menjadi aktif Web Portal PIBG yang telah di susun dengan rapi memberi jalan keluar kepada masalah berkaitan penglibatan pasif ibu bapa di dalam Persatuan Ibu bapa dan guru PIBG”.“Kami percaya dengan menggunakan saluran yang tepat dan memenafaatkan fasiliti internet yang telah tersedia di kebanyakan sekolah di seluruh Negara, Web Portal yang berkemampuan menjadi penyelesaian kepada medium penyebaran infomasi dan merapatkan jurang komunikasi di antara ibu bapa dan guru”.
1. Informasi TerkiniMemberikan infomasi kepada ahli-ahli PIBG yang diwakili oleh golongan ibu bapa dan guru terhadap organisasi, aktiviti dan sumbangan PIBG kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling.
2. Lebih Peka Terhadap Perkembangan Anak dan Murid Portal PIBG akan menjadikan ibu bapa dan guru lebih peka terhadap perkara yang berlaku dalam persatuan dan sekolah dimana anak-anak dan murid-murid mereka belajar.
3. Akses Ke Web Portal 24 jamLaman Web Portal yang dapat dikunjungi 24 jam akan membolehkan ibu bapa dan guru yang sibuk dapat melayarinya pada masa yang mereka pilih.
4. Aktiviti Sekolah Dapat Diakses Dengan Mudah Mengikuti aktiviti terkini melalui kalendar aktiviti yang disediakan.
5. Sumbangan Idea Dari Ibu Bapa Serta Guru Menggalakkan penyertaan ibu bapa terhadap menyumbang pendapat dan idea bagi merialisasikan objektif penubuhan persatuan. Ini dapat dilakukan dengan menghantar pendapat dan idea tersebut secara online. Ianya bukan sahaja lebih cepat dan mudah malahan menjimat kan kos cetakan.
6. Aduan Online Memudah dan mempercepatkan ahli-ahli persatuan untuk membuat aduan dan pertanyaan kerana ianya dapat dilakukan menerusi internet menerusi sistem e aduan/saranan dan borang pertanyaan yang disediakan secara online. Aduan dan saranan ini pula boleh diakases oleh Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan menjawabnya secara terus menerusi laman web.
Sabtu, 27 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan