Sabtu, 27 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG ke 35

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Permuafakatan Dalam Pendidikan

Bagi sesetengah guru terutama guru yang baru ‘posting’, mereka akan diberi peluang untuk menjadi AJK dalam pertubuhan PIBG di sekolah mereka. Perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan sekolah ingin mereka belajar tentang cara untuk berurusan dengan ibubapa dan pada masa yang sama mengenali dengan lebih mendalam tentang fungsi-fungsi PIBG.
· Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka.
· Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah.
· Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah hasil pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.
· Fungsi PIBG utama yang ditubuhkan di sekolah-sekolah ialah menjaga dan melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru, di samping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah.
· Fungsi PIBG ini dapat diperlihatkan daripada kegiantan-kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
Sekolah Kebangsaan Khir Johari Perai
Kali Ke 35 Sesi 2010 / 2011

Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna SK KJ


Ibu Bapa & Penjaga (Sila Rujuk Lampiran Kehadiran)
Guru-guru (Sila Rujuk Lampiran Kehadiran)


Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKKJ

1. Ucapan YDP PIBG SKKJ – En Yacop Hashim

YDP memberikan ucapan alu-aluan kepada semua ahli PIBG yang hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 Sesi 2010/2011 Beliau berharap ibu bapa akan terus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang.

Ucapan Penasihat PIBG / Guru Besar SKKJ – Tn Haji Mohd Azmi Hj Omar

Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agong PIBG kali ke-35 sesi 2010/2011. Guru Besar yakin dengan adanya sokongan yang padu daripada ibu bapa akan menjadi faktor kepada kejayaan sekolah sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
2.2 Beliau berharap agar proses pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2009/2010 dapat berjalan dengan lancar bagi meneruskan kesinambungan perancangan PIBG dari tahun yang lalu dapat dipertingkatkan lagi mutu dan kualitinya. Guru Besar turut memberikan ulasan berkaitan kejayaan-kejayaan sekolah sepanjang tahun 2008 dan awal tahun 2009 secara ringkas untuk makluman semua ibu bapa. Ibu bapa disarankan supaya hadir dalam setiap program-program yang dijalankan di sekolah supaya kesan dan manfaat daripada setiap program mencapai tahap yang baik.
2.3 Ucapan tahniah kepada guru-guru yang telah berkerja keras sepanjang tahun lepas telah menjadikan sekolah berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam pelbagai pertandingan dan acara yang telah dijalankan diperingkat daerah dan Negeri.


Ucapan Pegawai Penyelaras Parlimen Batu Kawan – En A. Mohan

Ucapan Pegawai Penyelaras Parlimen Batu Kawan En. A Mohan selaku jemputan khas pada Sessi Mesyuarat kali ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada PIBG SKKJ kerana telah berjaya bergerak dengan berkesan sepanjang tahun 2009. Pihak PIBG dan sekolah telah menjalankan tugas dengan baik sejajar dengan keperluan dan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau turut menyarankan supaya ibu bapa memberikan komitmen yang baik bagi menghasilkan murid-murid yang berjaya dalam akademik, sahsiah diri dan kokurikulum dan berjanji akan memberi imbuhan kepada pelajar yang berjaya memperolehi pencapaian 5A pada UPSR tahun ini.
3.2 Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKKJ kali ke-35 sesi 2010 / 2011.

Agenda 1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2009/2010

Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat membuat semakan minit mesyuarat sewaktu pembentangan dijalankan.


Agenda 2. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2009/2010

2.1 Pengerusi mesyuarat selaku YDP PIBG SKKJ membuat pembentangan laporan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2009/2010 berdasarkan laporan aktiviti tahunan PIBG yang turut dilampirkan dalam edaran bahan mesyuarat agong kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa beberapa program ibu bapa dan murid-murid telah dilaksanakan bagi faedah semua. Dana PIBG telah disalurkan menjayakan pelbagai aktiviti/program anjuran pihak sekolah untuk dimanfaatkan oleh semua murid-muridnya.

Agenda 3. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2009

3.1 Pn Mahyun Abdullah selaku Bendahari Kehormat PIBG sesi 2009/2010 membuat pembentangan laporan kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2009.

Agenda 4. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2007/2008

4.1 En Yacop Hashim selaku YDP PIBG sesi 2009/2010 membuat pengumuman pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2009/2010.


4.2. Perlantikan Pengerusi Sementara

En. Zulkifli Abdul Samah mencadangkan supaya En Yacob Hashim meneruskan tugas untuk mempengerusikan mesyuarat pada hari tersebut. Cadangan supaya En Yacob Hashim dilantik sebagai pengerusi sementara disokong oleh En Marzuki Hashim.

Agenda 5. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2010/2011

5.1 En Marzuki Hashim mencadangkan AJK PIBG yang lama dikekakal tetapi cadangan ini ditolak. Proses undian dijalankan sekali sahaja bagi setiap pencalonan.
Ahli mesyuarat dibenarkan bagi membuat undian sebanyak lapan kali bagi calon setiap calon pilihan. Keputusan undian setiap calon akan disusun ikut rangking bagi menentukan jawatan dalam AJK PIBG.

5.2 Penasihat PIBG seterusnya memberikan pengumunan lantikan AJK PIBG daripada guru-guru adalah seperti butiran yang terkandung di dalam perkara 5.2.

5.3 Keputusan pembentukan AJK PIBG sesi 2009/2010 yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung adalah seperti berikut:



PENASIHAT
HJ.MOHD AZMI HJ OMAR

Yang Di Pertua
HJ.IBRAHIM HJ. DAUD

Naib Yang Di Pertua
YACOP HASHIM

Setiausaha
NOOR HIDAYAH ISHAK

Bendahari Kehormat
MAHYUN ABDULLAH

AJK (Ibu Bapa)
SHARIFF MAN

AJK (ibu bapa )
KUMARAN

AJK (Ibu Bapa)
PN SARASWATHY

AJK (Ibu Bapa)
ROSLAN ZAKARIA

AJK (Ibu Bapa)
ZULKIFLI ABDUL SAMAH

AJK (Ibu Bapa)
OSMAN BAKAR

AJK GURU
PN MAIZATUL BAIZURA MOHAMAD

AJK GURU
PN NUR EMMYZA MUSTAPA

AJK GURU
PN SAZILAH ABDULLAH

AJK GURU
MIMI SHUHAIDAH SHAMSUDIN

AJK GURU
AL MUZANI ALMUKHTI

AJK GURU
PN. MUNIRAH HASHIM

JURUAUDIT
FAZLEE AYOB

JURUAUDIT
NAZLI ELIAS


Agenda 6. Membahaskan Usul

Semua usul telah disaring oleh AJK PIBG pada 12 Mac 2010. Semua usul yang disaring telah dijawab sepenuhnya dan telah dilampirkan bersama-sama bahan edaran mesyuarat PIBG yang telah di berikan kepada semua ahli mesyuarat. Guru Besar SKKJ serta beberapa orang AJK PIBG juga memberikan ulasan lanjut bagi usul yang masih dibangkitkan semula dalam mesyuarat. Tiada usul diutarakan.

Agenda 7. Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi memaklumkan bayaran sumbangan PIBG bagi tahun 2010/2011 akan mula dijalankan oleh pihak sekolah selepas mesyuarat agung PIBG dijalankan.
7.2 Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam Mesyuarat Agong PIBG sesi 2010/2011.
7.3 Ucapan terima kasih kepada AJK PIBG sesi yang lepas yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti PIBG sepanjang tahun 2009. Semoga kerjasama dan usaha yang berterusan daripada AJK PIBG sesi 2010/2011 dapat meningkatkan lagi pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang di sekolah.
7.4 Beliau menangguh mesyuarat pada jam 11.00 am dengan disudahi bacaan Surah AlFatihah ,Surah Al Ashr dan tasbih kafarah.


Sedikit Tinta tazkirah Iman :

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"( Surah Ibrahim - Ayat 34 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan

Pentingnya Website PIBG

Mengapa perlunya Web Portal bagi PIBG di setiap sekolah?“Menyedari pentingnya peranan persatuan ibu bapa dan guru di setiap sekolah dan faedah yang akan diperolehi apabila persatuan menjadi aktif Web Portal PIBG yang telah di susun dengan rapi memberi jalan keluar kepada masalah berkaitan penglibatan pasif ibu bapa di dalam Persatuan Ibu bapa dan guru PIBG”.“Kami percaya dengan menggunakan saluran yang tepat dan memenafaatkan fasiliti internet yang telah tersedia di kebanyakan sekolah di seluruh Negara, Web Portal yang berkemampuan menjadi penyelesaian kepada medium penyebaran infomasi dan merapatkan jurang komunikasi di antara ibu bapa dan guru”.

1. Informasi TerkiniMemberikan infomasi kepada ahli-ahli PIBG yang diwakili oleh golongan ibu bapa dan guru terhadap organisasi, aktiviti dan sumbangan PIBG kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling.

2. Lebih Peka Terhadap Perkembangan Anak dan Murid Portal PIBG akan menjadikan ibu bapa dan guru lebih peka terhadap perkara yang berlaku dalam persatuan dan sekolah dimana anak-anak dan murid-murid mereka belajar.

3. Akses Ke Web Portal 24 jamLaman Web Portal yang dapat dikunjungi 24 jam akan membolehkan ibu bapa dan guru yang sibuk dapat melayarinya pada masa yang mereka pilih.

4. Aktiviti Sekolah Dapat Diakses Dengan Mudah Mengikuti aktiviti terkini melalui kalendar aktiviti yang disediakan.

5. Sumbangan Idea Dari Ibu Bapa Serta Guru Menggalakkan penyertaan ibu bapa terhadap menyumbang pendapat dan idea bagi merialisasikan objektif penubuhan persatuan. Ini dapat dilakukan dengan menghantar pendapat dan idea tersebut secara online. Ianya bukan sahaja lebih cepat dan mudah malahan menjimat kan kos cetakan.

6. Aduan Online Memudah dan mempercepatkan ahli-ahli persatuan untuk membuat aduan dan pertanyaan kerana ianya dapat dilakukan menerusi internet menerusi sistem e aduan/saranan dan borang pertanyaan yang disediakan secara online. Aduan dan saranan ini pula boleh diakases oleh Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan menjawabnya secara terus menerusi laman web.